#Wordless Friday

Hidayatul Afzam | 1/25/2013 09:39:00 AM | 9Comments |
 
 
 #Salam Jumaat buat semua blogger  ! :)
#apa salahnya kalau buat kebajikan. Tekan sini :D
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

Setiap persoalan ada hikmahnya :)

Hidayatul Afzam | 1/23/2013 10:36:00 PM | 5Comments |
Semoga ada manfaatnya buat korang semua :)

Arghh ! Pesall aku yang diujiii !

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-II yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-II yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-II yang dusta"

 Kenapaa aku ta penahh dpat ape yang aku nakkk ! Siall !


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu, Allah S.W.T mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Kenapalaa susah sangat ujian yang aku terima nie ..


"Allah S.W.T tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."

Frust! Tension! Lemah semangatt !


"Janganlah kamu bersikap lemah. Dan janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-II yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-II yang beriman."

Camner aku nak hadapi semuaa nie !

"Wahai orang-II beriman ! Bersabarlah kamu segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-II yang berkerbajikan , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh , dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T supaya kamu berjaya. Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahnyang sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-II yang khusyuk"

Apa yang aku dapat daripada semua nie wei !


"Sesungguhnya Allah S.W.T telah membeli dari orang-II mukmin , diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka"

Kepada sapelah aku nak berharap ..

"Cukuplah Allah S.W.T bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal .."

Arhhhhh ! Aku dahh takk tahannn lahh !!

"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah S.W.T. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah S.W.T melainkan kaum yang kafir"


Sesungguhnya kebahagiaan itu bagaikan bunga yang tertanam tetapi belum mekar namun kemekarannya pasti ..
 
SALAM MAULIDUR RASUL  صلّ الله عليه وسلّم 

Akhlakmu seindah Al-Quran ,
Nasihatmu penuh pengertian ,
Setiap kehidupanmu dijadikan tauladan ,
Engkaulah Rasul junjungan ,
Menjadi IDOLA sepanjang zaman .
#Jom terjah sini, sini dan sini :)

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

HUKUM "LIKE" GAMBAR WANITA TIDAK MENUTUP AURAT

Hidayatul Afzam | 1/18/2013 08:56:00 PM | 14Comments |
 Dah, jangan nak bagitau aku berlagak la nak buat entry pasal ni ye. Aku just nak share apa yang baik. Tak pe la kalau dah ramai yang tahu. TAPI, asal ramai je yang buat jugak? Nampak sangat la ramai yang baca tapi tak aplikasikan dalam kehidupan kita. 
 
Hmmm, lagi satu masalah. Apa hal ha orang perempuan ni suka sangat freehair?
Nak tunjuk rambut awak lawa sangat la. Dah aku tak pertikaikan la. Apa yang mampu kita lakukan, kita hanya boleh berdoa supaya dorang ni semua mendapat hidayat untuk menutup aurat. Jangan la kita duk caci mereka, tiada gunanya. Orang sekeliling kita kena main peranan, cuba tegur mereka yang tidak bertudung ni. Tapi dengan teguran yang baik la. Jangan la duk tengking-tengking, duk perli bagai. Cuba bayangkan kalau semua orang ambik berat pasal aurat ni semua, sudah tentu kita berasa malu untuk mendedahkan aurat. Setuju ke tidak?

Ok, berbalik pada tajuk asal kita hari nie. Apa hulumya Like gambar wanita yang tidak menutup aurat?
Korang boleh tengok dalam gambar di atas, 
Haram "LIKE" Gambar Perempuan Tak Tutup Aurat, Macam Memberi Galakan Lagi Kepada Dia Untuk Upload Gambar Seperti Itu(Tidak Menutup Aurat).
Okay, ada faham? 
Fitrah manusia la kan, bila orang suka apa yang kita buat, makin suka la kita buat menda tu. Cuba fikir la sikit, banyak mana sangat pahala yang kita kumpul sepanjang hayat kita ni. Kalau dah tahu kita ni banyak sangat dosa, jangan ditambah lagi dosa yang lain.

Apa pendapat anda?
Salah ke apa yang saya cakap ni? /Tepuk Dada, Tanya Iman\
*Silakan Share Untuk Manfaat Bersame~. :')

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

jOdOh. . .

Hidayatul Afzam | 1/18/2013 09:40:00 AM | 1Comments |
:: USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA":
Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia33 masih hidup.


Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya...


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


From:Kisah Wanita. :)

Semua yang hidup pasti akan Mati

Hidayatul Afzam | 1/17/2013 03:25:00 PM | 7Comments |
 Alahai, dah seminggu aku tak pergi sekolah. Bukan malas yerk, demam ~.hehe
Pagi tadi aku blogwalking ke sana, ke sini, terdetik pulak nak bukak blog Arwah Yasmin J Hunwick. Aku tak penah kenal arwah sebelum nie, setelah terbaca kisah sedih arwah kat 1 blog, baru la kenal. Arwah seorang gadis yang cantik. 
Setiap yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kita tidak tahu tarikh kematian kita, di mana dan bagaimana. Apa yang terbaik, sentiasa mengingati mati. Seperti pemergian arwah, banyak perkara aneh berlaku. Antara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar gambar buku yang bertajuk, 'Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram


Namanya antara trending topik di twitter.
Arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Memandangkan dia dari kacukan inggeris dan Melayu dia dilihat pelik di tempat dia tinggal, siapa sangka wajah comel anak kacukan Inggeris ni pandai bercakap loghat Kedah/utara pekat kerana  bapanya dari Penang.
Di twitter nama Yasmin J Hunwick kini menjadi trending, ramai yang bersimpati dan sedih dengan kehilangan Yasmin.
Yasmin berusia 17 tahun akan ambil exam SPM tahun 2012 . Dalam blognya arwah cerita, dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan instagram kerana mudah berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.
Last post artikel di blognya pada 2 Jun

Dari FB ibu Yasmin:  “Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
Seriously, bila aku baca kisah arwah nie, menitis air mata aku. Sebak sangat! Aku yang tak kenal arwah turut rasa sedih, apatah lagi mereka yang kenal & sememangnya rapat dengan arwah. Takziah kepada keluarga encik Johan Eusoff dan keluarga , Al Fatihah buat Yasmin semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

Teringat juga aku pada 2 orang kawan yang sebaya dengan aku yang pergi buat selama-lamanya.
 Kisah arwah Alif asyari dan arwah nur fikhriyah membuatkan aku bertambah sedar yang mati tak mengenal usia. Kita sibuk duk meramal bila kiamat berlaku, itu semua rahsia Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu segala-galanya, kita sebagai manusia kena melakukan semua suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. 
*Take a Note!
Nazak atau sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air ( yasmin meneguk air yg sngt byk ), kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita.

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) -


Kepada Allah berserah.


. Doa Nabi s.a.w. kepada Abi Salamah r.a. ketika kematiannya sebagaimana yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.:

“Rasulullah s.a.w. masuk kepada jenazah Abu Salamah (pada hari kematiannya) dan sesungguhnya matanya terbuka, lalu baginda memejamkannya (yakni baginda menutup kelopak matanya dengan tangan baginda). Kemudian Nabi bersabda: “Sesungguhnya ruh ketika dicabut, diperhatikan oleh mata (yakni ketika ruh ditarik keluar dari badan, mata melihat ke mana ruh pergi)”. Lalu beberapa orang dari keluarganya berpekikan. Maka Nabi bersabda: “Janganlah kamu menyeru kepada mayat-mayat kamu melainkan dengan suatu kebaikan kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. Kemudian Nabi s.a.w. berdoa:


اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.
(Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.

 
#Sama-samalah kita bermuhasabah diri kita. Mati Tak Mengenal usia, Kita tak tahu bila kita akan mati, dan bagaimana. Semua yang hidup pasti akan mati. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat seluruh umat Islam yang sudah kembali ke rahmatullah dah semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin~
Kita selalu terfikir, "Bila la aku nak jadi "Bakal Pengantin" ni?. Tapi pernah tak korang terfikir yang kita ni setiap hari boleh digelar "Bakal Jenazah" dan sememangnya kita semua adalah Bakal Jenazah. Kita tahu Jodoh di tangan Allah, tapi jangan pula kita lupa bahawa Ajal dam Maut juga di tangan Allah. Wallahu a'lam
Soalan aku: Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari-hari kematian? Tepuk dada, tanya iman. :)

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

Antara kawan dan cinta

Hidayatul Afzam | 1/16/2013 06:45:00 PM | 11Comments |
 Which you prefer, Friend or love?
hurmmm..memang tak dapat dielakkan bila kita terjerumus dalam suatu keadaan di mana kita harus memilih kawan atau menjadi cinta. Alah,mustahil sangat la kalau ada dalam kalangan korang yang tak pernah mengalami keadaan macam nie kan. *skema sgt ayat aku nie..hihi. Saya juga pernah mengalaminya. Ye, pada mulanya berkawan itu manis, mudah sangat nak bergurau, tak perlu nak fikir perasaan she or he, sebab apa? Hanya kawan je kan. Jadi, tak perlu lah nak jaga hati dan perasaanya.

Lain pula ceritanya kalau memilih untuk bercinta. setiap tutur kata harus dijaga, nak jaga hati si dia la kononnya. Tak de maknanya dah ber-Aku dan ber-Engkau. Mesti la kena ganti dengan lovely word contohnya sayang , abang, bie, honey, mama, papa dan sebagainya. Setiap perhubungan nak kena jaga, dengan kawan memang dah kena jaga kan. Tapi bila bercinta, kena upgrade kan sikit sikap prihatin kan. Kalau tak, si dia lari plak. Kalau kawan lari tak pe sebab Berkawan biarla seribu, Bercinta biarla satu. Tak gitu?hehe

Antara kawan dan cinta janganlah disatukan kedua perkara tersebut kerana perbezaan kawan dan cinta sangat nipis seperti perbezaan benci dan cinta.Sebab itulah orang selalu kata , lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik sebab cinta akan tumbuh diantaranya. Setiap manusia dilahirkan dengan rasa cinta dan rasa untuk menyayangi antara satu sama lain. Bila kita berkawan baik dengan berlainan jantina , rasa cinta tu akan hadir sedikit demi sedikit tanpa rasa bersalah kerana cinta tidak mengenal kawan atau musuh . Cinta hadir dari hati yang tulus mencintai kepada hati yang suci menghamparkan kasih. Ramai kata , cinta tu menyusahkan bila bercinta dengan kawan sendiri sebab semua rahsia dia tahu , semua yang kita minat dia ingat , ye lah dah namanya kawan kan? semuanya mesti tahu tapi pernah tak kita fikir yang sebenarnya kawan adalah pilihan terbaik untuk kita jadikan pasangan kerana mereka lebih memahami dan kita saling mengenali .
Kawan itu cinta ,
bila kawan sendiri menjadi kekasih hati .
Kawan itu cinta ,
bila kita tak perlu jadi orang lain tika berdepan dengannya .
Kawan itu cinta ,
bila kita tak perlu terlalu berkasih-kasihan kerana dia tahu kita tidak seperti itu untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain.
Kawan itu cinta , 
bila kita tak perlu bermegah-megah dengan orang sekeliling tentang pasangan kita bila semua orang tahu kawan kita adalah kekasih setia.
Kawan itu cinta , 
bila yang berlalu dan bakal terjadi , menjadikan kita makin mengenali erti persahabatan dan percintaan dalam masa yang sama :)
 sometimes, the best way to stay close to someone you love is by being just a friend :') 

#Lain orang, lain pendapat. Apa pula Komen anda?

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

Cinta selepas nikah.

Hidayatul Afzam | 1/11/2013 03:41:00 PM | 7Comments |
Kita selalu bermain kata, berjanji setia, tapi sayang diluah pada yang belum kita empunya. Bila terlalu banyak yang diluah, akhirnya kata-kata pun hilang kemanisannya untuk diluahkan buat kali yang keseterusnya. Luahlah pada yang berhak. Bukan pada yang bukan hak. Simpan kata manismu untuk si dia yang kamu cinta

 Kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas  
Bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut...
exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian..melepas
 
 So, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas,.. kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.

Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.

Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.

Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.

Ungkapan-Ungkapan romantis seperti

"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing

Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya".

Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.
Suami lapar Isteri pergi dapur Untuk sediakan makanan Potong Bawang Menitis airmata Suami peluk dari belakang Lap air mata isteri "Pedih ke sayang? Meh abang tolong"
Ya Allah begitu Indah rasa cinta yang Halal :3
CINTA SELEPAS NIKAH ADALAH CINTA YANG INDAH :)
#pegang tangan isteri dapat pahala, cium isteri dapat pahala, TAPI, pegang
tangan & cium MAKWE yg belum halal bagimu, DOSA!
 
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

 
This Territory was created by Princess_1405. Credits →