Hidayah perlu dicari.

Hidayatul Afzam | 2/28/2013 08:52:00 PM | 6Comments |
“Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang MUSLIMAH YANG MASIH LAGI DALAM PROSES MENCARI KEMILAU CAHAYA ISLAM SEBENAR, BERUSAHA MENJADI MUSLIMAH SOLEHAH, tapi BUKAN bermaksud aku adalah MANUSIA SEMPURNA. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari REDHA ALLAH SWT…”
Ramai antara kita yang menunggu hidayah untuk berubah..
"Tunggulah dulu, belum sampai seru aku nak berubah!"

Sedarilah wahai semua, 

Hidayah tak datang bergolek kepada kita.

Hidayah itu perlu DICARI bukan DITUNGGU.

seperti juga orang malas melakukan ibadah kepada Allah.

Bertudunglah kamu walaupun terpaksa.

Bila kita dah selalu dengan keadaan bertudung, rasa ikhlas akan lahir dalam diri kita, right?

You can't wait for it to come to you.
HIDAYAH (guidance) is the one waiting for you.

 sama juga kalau kita nak berjaya dalam sesuatu pekerjaan.

kita kenalah berusaha, bukan menunggu kejayaan itu datang sendiri.

Tanpa usaha, mana mungkin kita berjaya kan?

Berapa kali kita sebut, baca dan ulang dalam Surah Al-Fatihah. 

(ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ - Tunjukilah kami jalan yang LURUS)

Berapa ramai yang betul-betul faham dan bersungguh bila membacanya.

Ini peringatan untuk diri aku juga!



#tepuk dada, tanya iman :) 
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

Super londeh style

Hidayatul Afzam | 2/14/2013 10:01:00 PM | 23Comments |
Pergghh..chantek ar dorang punye boxer @ seluar dalam! Memang aku suka sangat la tengok trend dorang yang semakin menjadi-jadi ni. Eeeuuuuuuwww!*gedik*. Geli bebenor aku nengoknye. Ko ingat cantik sangat ke pakai macam tu? Kalau pakai seluar elok-elok, lagi nampak kemas. Muka tak hensem macam mana pun, akan nampak smart. SETUJU???

cantik tak boxer i??
Korang tahu tak gaya seluar londeh sehingga menampakkan boxer or whateva lah, ada maksud yang tersendiri. Kalau kat Amerika, para banduan akan melondehkan seluar mereka untuk memberi isyarat kepada  banduan yang lain untuk melakukan seks luar tabii / songsang.

Dorang buat isyarat macam tu supaya tidak diketahui oleh warden penjara kerana mereka akan diberikn hukuman yang teruk . So , apa kata korang tak payah la pakai seluar londeh macam tu . Nanti ada orang asing dari sana ke tetiba pergi kat korang sebab ingatkan korang wat isyarat macam tuhh . haha -.-
 
Laki pakai seluar londeh nampak weirdo.. tapi lagi weirdo kalau perempuan yang pakai seluar londeh! Agaknya nak tunjuk yang boxer dorang tu comel la kot. ~Kalau nak tunjuk sangat boxer korang tu, tak payah la pakai jeans tu. Senang cite, korang pakai je boxer terus >.< Nak kata seluar tu longgar, tali pinggang ada kat situ. Korang tak rasa malu ke? Mungkin pemakai seluar londeh ni dorang rasa stylo dengan gaya macam tu.
 
Budaya Barat semua nak ikut. Kalau sunnah nabi tu tak nak pula kita ikut. Apa salahnya kalau pakai sopan-sopan. Inilah dunia fesyen. Tak tahu la nak gtaw macam mana, Lu fikirlah sendiri!!! 

Agaknya lah, kalau la boyfriend korang berpakaian macam tu, apa korang akan buat?
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

Tak boleh ke tunjuk gambar bersama orang tersayang dekat umum?

Hidayatul Afzam | 2/13/2013 09:41:00 PM | 5Comments |

Sebelum itu , aku nak bagitahu awal-awal yang idea nak buat entry ni datangnya dari cik yuyu. So, aku credit ke cik yuyu la , sedang aku baca blog dia, aku terbaca la satu tajuk yang sangat menarik perhatian*bagi aku la*. apa terk?? Hurmm..alkisahnya pasal tak boleh tunjuk gambar kita dengan orang yang kita sayang dekat umum . Awal-awal ceritanya dorang cakap pasal melukis kartun, kan haram lukis kartun, sebab nanti di akhirat kelak, dia akan mintak kita nyawa, ye la, kita dah lukis jasad perfect dia, dia nak la nyawa dari kita.

Okey dah. cukup sampai situ. barulah dorang sambung pasal yang tayang gambar tu plak. Aku tertanya-tanya jugak sebab apa yerk..hmm. Bila baca bagi habis, baru aku faham.

Kita kan berada di dunia yang serba moden. Internet di hujung jari jari je. Banyak la laman sesawang yang sosial dan tak sosialnya. Contohnya , blog, facebook , twitter , myspace , tumblr dan macam macam lagi. Kalau nak sebut satu, satu, penuh satu muka agaknya. hehe.  Untuk apa kita guna laman tu semua? Sudah semestinya la kan untuk berkongsi apa jua termasuk mencari kawan. :)

Dalam tu, mesti kita ada letak gambar kita. mungkin bukan gambar kita aje lah. Sudah semestinya gambar bersama keluarga, mak ayah, kawan-kawan dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn buat hati tercinta. *Panjang bebenor dan aku.hehe* Bersama buah hati tercinta tak tahan orw. Alah, kalau tengok zaman sekarang, biasa la tu letak gambar si dia. Aku ada juga letak sebelum ni, bukan kat sini la. Saje nak tayang, tapi tu masa zaman muda-muda la. Sekarang dah takde, aku dah padam. Kebanyakan la,
 kalau dah letak gambar dengan buah hati mesti nak yang sweet mueet kan , yang nampak loving loving gitu . jadi orang akan nampak kita bahagia kan kan . Tapi takpelah, kita cakap pasal gambar dengan orang yang halal (suami/isteri) aje la.
Aku anggarkan korang mesti tertanya-tanya kan, pasaipa kita tak boleh tunjuk gambar kita dengan orang tersayang secara umum??... kalau dah nama nya letak gambar tu , orang mesti la tengok , tak kira lah sama ada orang tu dengan sendiri nya nak tengok atau pun orang yang sememang nya stalker kan , yang suka sangat nak ambik tahu hal kita kan . kompem lah bukak, tengok gambar kita tu . kalau orang bukak , bukannya dia tengok saje, mesti ada komennya. Kot-kot la dia tidak berkenan dengan gambar tersebut dan mengatakan "cehhh, tak padan lansung aku tengok diorang , sorang putih sorang hitam !! " ...kan ke doa yang tidak baik tu ...

Kadang tu ada jugak yang pandang serong ngan kita dan gtaw "hmmmm , nanti nanti orang lain lah ni , tak lama punya " ....doa lagi tu. bukan benda tu haram, tapi fikir la akibatnya...kan setiap kata-kata tu kan doa..

Macam takut juga kan , biasa lah , hidup ni bukan semua orang suka kita . kita hanya manusia . tak boleh nak buat semua orang senang dengan kita . kadang kadang kita tak buat apa apa pun , tapi atas sebab kita ada apa yang dia tak ada , so dia pun marah sangat dengan kita . doa untuk menjatuhkan orang lain mungkin tidak termakbul , tapi , elak lebih baik daripada kita terus di doa untuk mendapat sesuatu yang tidak baik ...

Mende ni tak haram pun. hak masing masing la sama ade nak letak atau pun tidak . kalau nak letak, letak ajelah . hehe . insyaAllah , pertemuan , perpisahan , ajal , maut , jodoh , semua di tangan tuhan , kita hanya merancang . kalau dia memang jodoh kita , maka dia tetap akan jadi jodoh kita , kan kan ?... insyaAllah . :)

sama sama lah kita harapkan yang terbaik untuk diri kita semua ...amin ...

 APA KATA ANDA PULAK??
 ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

ALHAMDULILLAH.

Hidayatul Afzam | 2/12/2013 04:28:00 PM | 0Comments |
If you love something. Let it go. If it comes back to you. It's yours forever. If it doesn't then it was never meant to be. When you've finally found someone good. Don't go looking for someone better. When you have GOD. You have everything. When you have everything. You should not worry about anything. Most poisonous three letters EGO. Kill it. Have we said "thanks" to Allah The Almight today.? For all the blessing he gives us. Let's say ALHAMDULILLAH.

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

Mencintai Tak semestinya Memiliki

Hidayatul Afzam | 2/11/2013 02:20:00 PM | 11Comments |
Kenangan lalu masih lagi segar dalam ingatan aku. Tapi itu semua hanyalah masa lalu aku yang tak mungkin berulang kembali :')

awak..
saat mula kite mula-mula kenal dulu memang sangat indah kan awak..
awak ingat tak awak?
ke awak dah lupe kan semua ni?
satu hari tu awak cakap yang awak cinta saya..
saya pun cakap benda yang sama pada awak..
saya happy sangat awak..
awak ingat tak awak?
awak..
macam-macam janji awak pada saya kan awak..
awak kata awak nak sentiasa bersama dengan saya..
awak nak tempuh liku-liku hidup ini dengan saya..
awak kata awak nak tetap tunggu saya walau macam mana pun.
Saya masih ingat semua janji-janji awak.

hari-hari berlalu..
cinta saya pada awak tak pernah berkurang pada awak pun..
semakin hari semakin saya rindu pada awak..
Apa yang ada dalam fikiran saya hanyalah awak, awak dan awak.
Disebabkan masalah teknikal, saya dan awak lost contact.
sekarang dah setahun kita tak berhubung..
Saya cuba cari nombor awak, tapi masih juga tak jumpa.
Saya sangat yakin yang diri ini sudah dilupakan..
Satu hari, saya terima satu panggilan, saya bahagia sangat sebab dapat dengar suara awak.
Tak lama lepas tu, saya dapat tahu awak dah ada teman yang lain.
Saya sedih sangat, Saya masih ingat janji awak.
Awak kata awak akan tetap tunggu saya walau macam mana pun.
mana janji manis awak yang awak lafazkan dulu?
mana kata cinta yang awak kata pada saya dulu?
Walaupun saya bukanlah insan yang bersama awak sekarang,
saya harap awak bahagia dengan dia..
saya akan sentiasa doa kan awak bahagia..
cinta tak semestinya memiliki kan awak?
Kadang-kadang kita sayang kan dia......Terlalu sayang...
Tapi kerana sebab-sebab tertentu kita terpaksa lepaskan dia....
Walaupun sakit, walaupun sedih, kita cuba untuk melupakannya..
Supaya diri kita tidak lagi sakit kernanya
Kerana sayang juga kita terpaksa lepaskannya...
Kerana masih ada yang lain yang sayangkan kita, lebih kita sayangkan dia
Kerna
Cinta tak semestinya memiliki
"Ya Allah andai dia bukan jodohku, jauhkanlah dirinya dengan diriku. Janganlah kau menyeksa hatiku ini. Sekiranya dia mmg jodohku, dekatkanlah dirinya dengan diriku secara halal"

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

Untukmu insan bergelar ADAM

Hidayatul Afzam | 2/09/2013 10:00:00 PM | 5Comments |
 Sejak akhir-akhir ni aku selalu bermain dengan perasaan. =,=' Ntah la, macam-macam menda yg aku fikir. Malas la plak nak luahkan perasaan aku kat sini. Cukuplah sekadar nasihat @ renungan buat kita semua :)
Entry kali ni khas buat insan yang bergelar ADAM:
hati perempuan itu lembut dan sangat sensitif dengan kasih sayang.. seperti ibu kamu menjaga kamu dengan penuh kasih sayang... seperti itu lah diibaratkan perasaan perempuan...
 kamu bakal imam.. pembimbing dalam keluarga.. bakal ayah kepada zuriat-zuriat kamu kelak.. maka jagalah perempuan dan zuriatmu daripada perkara yang kotor..
janganlah ada batas dalam erti menyayangii.. sayanglah si dia setiap masamu tanpa mengira kelebihan dan kelemahan.. jangalah curang bila berjauhan..kerana cinta sejati tidak mengajar untuk menyakiti bila berjauhan... setialah kepada pasangan nescaya ALLAH akan berikan seorang yang setia kepada kamu....
INGAT TAU:
  • Jangan mengucapkan kata-kata indah dan manis kepada wanita kerana takut dia akan menyanyangimu...
  • Jangan mengambil berat tentang dirinya kerana bimbang dia akan mengasihimu..
  • Jangan terlalu baik padanya kerana takut dia akan merinduimu..
  • Jangan memberikan kenangan dan harapan kerana khuatir dia akan jatuh cinta padamu..
  • Jangan menghargai pertemuan dengannya kerana bimbang dia akan menderita kehilanganmu lantaran perpisahan itu..
WAHAI ADAM. Lindungilah kaum hawa
Jangan sesekali menyakitinya, jangan kau katakan cinta bila kau belum mampu untuk mengkhitbahnya, Janganlah kau bicarakan soal perasaan bila tidak benar-benar adanya, Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau berniat untuk mematahkan hatinya. Janganlah memberi pengharapan tanpa kenyataan..
^-^
Wallahua'lam
APA PULA KATA ANDA??

**....what u give, u will get it back... **
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

Jangan buat saya jatuh hati pada awak

Hidayatul Afzam | 2/09/2013 07:00:00 AM | 12Comments |
 . Percaya atau tidak , ini realitinya 

“Tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer for them. Allah is Aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and be modest.” (An-Nur: 30-31)
Allah dah bagi peringatan supaya kita menjaga perhubungan yang berlainan jenis . Tapi kita yang susah nak faham *termasuk DIA ni* .

Ada yang cakap bercinta itu makruh . Ada yang bercakap bercinta itu harus . Jadi kita manusia yang cetek ilmu ni pun sesuka hati sahaja bercouple tanpa mengetahui hukumnya . Baiklah , sebenarnya hukum bercinta ni adalah BERDOSA . Why ? Baca bawah ni
Bercinta sebelum berkahwin dan bercouple adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah "HARAM "
 # DO THE BEST FOR ISLAM . NO RABA-2 , NO KAPLE-2 , NO SENTUH-2 ! ISLAM IS THE BEST OF THE BEST .
Aku bukan lah insan sebaik kalian. Aku termasuk golongan yang sedang bercouple. Oh Tuhan, tolong la aku. Hapuskan rasa cintaku. Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia :')
APA PENDAPAT KORANG PULA??
via : DR CINTA
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

Jiwang karat hijau.

Hidayatul Afzam | 2/08/2013 11:17:00 PM | 5Comments |
 Pabila perasaan ku mula berkhayal: 
Betapa aku mencintaimu =,=
Menanti mesej darimu :
Ku ingin seseorang untuk seumur hidupku.
Ketahuilah bahawa cinta....
Oleh itu, Jagalah hatimu untukku :)
Sekian sudah cerita hatiku untuk malam ini.
Selamat Malam warga Bloggers ! Jangan lupa baca doa tidur & basuh kaki yerk ! 
(Entry lame. Diguna pakai utk menggucapkan selamat malam. Esok akan ada entry baru :D)
 
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

Tolong sampaikan pada dia

Hidayatul Afzam | 2/08/2013 06:56:00 PM | 5Comments |
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
Sesungguhnya, aku adalah insan biasa yang juga menginginkan perubahan :)
 
Via: Dr. Cinta
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

 
This Territory was created by Princess_1405. Credits →