Kadang-kadang aku terfikir sejenak, bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah
dulu boleh tabah, kuat melawan musuh-musuh Islam, tomahan dari orang
kafir, seksaan demi seksaan. Padahal kita, umat akhir zaman ni, baru
ditolak bahunya sedikit, dah nak jatuh, lemah, rasa penat dengan dugaan
Allah, rasa putus asa dengan rahmat Allah.
Jawapannya,
Keimanan kepada Allah.
Lemah sangat iman kita. Allah baru gertak sikit, kita dah putus asa.
Murung tak tentu pasal. Terasa nak bunuh diri. Allah mahu berikan kita
Syurga tapi kita tolak, malah kita ambil jalan ke Neraka. Nau'zubillah.
Iman dalam diri seorang muslim tu amat penting. Hanya dengan iman akan
menjadi pemangkin kepada jati diri mukmin sebenar di sisi Allah ibarat
cahaya yang menerangi terowong gelap yang dilalui setiap manusia.
"Aliff Laam Miim. Adakah mereka sangka mereka akan dibiarkan dengan berkata, 'Kami beriman' dan tidak akan diuji...?"
[al-Ankabut, 29:1-2]
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot



