Tak Ada Telinga....

Hidayatul afzam | 11/07/2011 07:51:00 PM | 5Comments |


Johan dilahirkan tanpa telinga, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Tetapi diakhir temuduga Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?

Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Tetapi diakhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya? Eeemmm .tuan tak ada telinga, sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telahbekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?

Ya. Awak pakai contact lens, jawab pemuda itu, walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

Bagaimana awak tau tanya Johan lagi.

Pemuda itu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga.

by; lamanku

5 comments:

Anonymous said...

haha klako2 tp nak wat camner dah dia xder telinga terima jer la kan.. xyah la nak tanya apa keganjilan diri dia tuh

♥ AMOYELLA said...

hohooiiii...... lawak entri ni. kekeke

MIERA said...

haha...dua2 waya...

LydSunshine said...

Pergh.. lagi pedih yg ketiga tu. Hahah.

EmpayarUtama said...

Sadis tul jawapan yang ketiga tuh

Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

 
This Territory was created by Princess_1405. Credits →