Belajar Dari Kesilapan dan Pengalaman.

Hidayatul afzam | 12/29/2012 12:19:00 AM | 7Comments |
 Firstly aku nak mintak maaf pasal End Year Giveaway yang aku buat seminggu yang lalu kalau-kalau ada salah dan silap kat mana-mana.
Sememangnya tu adalah GA aku yang pertama.
So, aku nak handle itu semua macam lambat sikit.
Alhamdulillah ada jugak sambutan.
 
Dan baru je sebentar tadi, salah seorang Sponsor GA baru ni ada memberi sedikit teguran:
Thanks amir sebab sudi memberi teguran.
Aku terima dengan hati yang terbuka.
Sejujurnya, GA kali ni dibuat dengan keadaan yang agak kelam kabut sekali.
So, Tiada perancangan yang rapi.
Aku juga tidak pastikan sama ada semua peserta ikut semua syarat yang ditetapkan atau tidak.
Termasuk juga yang ini:
Salah aku juga sebab aku sendiri yang tak minta maklumat tu dari pemenang tu sendiri.
Tak mustahil kalau berlakunya penyamaran kan?
Aku juga terbaca 1 entry yang mengatakan dia tak suka join GA/Segmen yang terlalu banyak kene follow-mollow, like sana, like sini. Komen sana, komen sini.
Ye, aku mengakui bahawa GA aku kali nie terlalu banyak syaratnya.
Alhamdulillah. Dengan adanya pengalaman seperti ini, aku dapat belajar untuk menjadi yang lebih baik pada masa akan datang :)
 
Sebagai peserta juga kita mestilah jujur. Mengikuti semua syarat yang dinyatakan. Menang atau kalah tu semua tak penting. Rezeki kita ada di mana-mana :) 
Jangan takut untuk melakukan kesilapan, tapi takutlah kalau tak boleh memperbaiki diri dari kesilapan . Berani kerana benar, takut kerana salah. 
Maafkan segala salah & silap saya.
Kepada sesiapa yang ingin mengetahui tips persediaan sebagai penganjur Giveaway/Contest, boleh la tekan SINI 
 
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

30 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum Ketahui..

Hidayatul afzam | 12/18/2012 10:34:00 PM | 6Comments |
 okay..hari tu aku dah share dah pasal perempuan..sekarang nak share plak pasal lelaki >.<

 okay..memang dah banyak yang post entry tentang fakta itu ini. Apa yang aku perhatikan, ada betulnya sebab tak semua lelaki sama dan serupa :)
1. Lelaki tertarik dengan perempuan bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.
2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara perempuan berfikir tak sama seperti lelaki.
3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang perempuan. Ohhh~
4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.
5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.
6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”
7. Lelaki tak suka perempuan gedik!
8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap perempuan itu.
9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.
10. Lelaki sukakan perempuan yang pandai memasak dan buat kek.
11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu perempuan percayakan dia,lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.
12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !
13. Bila lelaki menelefon perempuan atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “ tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”
14. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap perempuan tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.
15. Lelaki benci kekotoran dibajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.
16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya perempuan suka,tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.
17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan perempuan itu.
18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan,berilah ia ruang.Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.
19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.
20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam,perempuan perlu katakan sesuatu.
21. Lelaki juga sukakan perempuan yang penyayang.
22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi perempuan lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.

23. Wanita boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!
24. Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.
25. perempuan boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.
26. Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa. (mesti tergagap2 dia nak jawab jika itu first date).
27. Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan perempuan!
 28. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.
 29. Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda. (betuk ke??)
30. Berhati-hati! Lelaki boleh menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.
 
BETUL KE NIE???
 
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

Cantik Luar Cantik Dalam :)

Hidayatul afzam | 12/16/2012 05:21:00 PM | 3Comments |
Kita sanggup menghabiskan wang untuk membeli alat make up untuk kelihatan cantik..
Nak kelihatan cantik tu boleh, tapi jangan la berlebih-lebihan..
simple is beautiful, right?
 
Lagi kita berusaha kelihatan cantik dengan memakai make up tebal-tebal,
Lagi berkuranglah keyakinan kita terhadap anugerah Allah..

Awak, bersyukurlah :)
 
dalam surah at-Tinn ayat 4, maksudnya;
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
sudah jelas lagikan bersuluh yang kita semua ni sebaik-baik kejadian.
Cantik!!
Cantik luaran belum tentu cantik dalaman. 
Ramai yang berusaha nak kelihatan cantik di luar. Tapi, tak ramai yang sedar bahawa kecantikkan sebenar adalah lahir daripada dalaman kita.
 
sebab tu la;
don't judge a book by its cover!
 
Kadang tu kita nampak seseorang..Fuyooooo!! Lawanya *sampai ada yg meleleh air liur*
Tapi, sombong!
 Kepada kaum adam, nak pilih kaum hawa nie tak perlulah cari yang putih melepak, badan langsing, rambut lurus..
TAPI,
carilah yang betul-betul beriman..
Bertudung tak semestinya baik, tapi sekurang-kurangnya mereka mengikut apa yang disuruh dalam Islam..
“janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
"Ah,tak kisahla cantik ke tak,yang penting hati mahu cantik.."

islam adalah agama yang cantik luar dan dalam.
"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

"Wahai anak-anak Adam,pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid(atau mengerjakan sembahyang),makanlah dan minumlah,dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas.)" (Al-A'raaf,ayat 31)

Nak cantik boleh, tapi jangan berlebih-lebihan. Jangan sampai bila kita berjalan depan lelaki, dorang tengok sampai tak berkelip. *lawa sangat!*

Korang..Korang!!
Cantik luar tak pentinglah..!!
#Renung-renungkanlah.. :)



Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”


Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

30 things boys should know

Hidayatul afzam | 12/13/2012 10:50:00 PM | 7Comments |
 Jalan-jalan tadi & and jumpa nie. So, saya share kat sini :)
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
 
Setuju??
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

Don't promise me forever

Hidayatul afzam | 11/25/2012 12:15:00 PM | 5Comments |
 
 hari ni aku nak share ngan korang cerita yg memang sweet gile.. :)
jom baca & faham betul2..
 
 
 
 
 
 

 #memang tabik spring la ngan dia. sweet sgt2..mintak nak copy + share n dah dapat kebenaran dari; him

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

 
This Territory was created by Princess_1405. Credits →