hurmmm..memang tak dapat dielakkan bila kita terjerumus dalam suatu keadaan di mana kita harus memilih kawan atau menjadi cinta. Alah,mustahil sangat la kalau ada dalam kalangan korang yang tak pernah mengalami keadaan macam nie kan. *skema sgt ayat aku nie..hihi. Saya juga pernah mengalaminya. Ye, pada mulanya berkawan itu manis, mudah sangat nak bergurau, tak perlu nak fikir perasaan she or he, sebab apa? Hanya kawan je kan. Jadi, tak perlu lah nak jaga hati dan perasaanya.
Lain pula ceritanya kalau memilih untuk bercinta. setiap tutur kata harus dijaga, nak jaga hati si dia la kononnya. Tak de maknanya dah ber-Aku dan ber-Engkau. Mesti la kena ganti dengan lovely word contohnya sayang , abang, bie, honey, mama, papa dan sebagainya. Setiap perhubungan nak kena jaga, dengan kawan memang dah kena jaga kan. Tapi bila bercinta, kena upgrade kan sikit sikap prihatin kan. Kalau tak, si dia lari plak. Kalau kawan lari tak pe sebab Berkawan biarla seribu, Bercinta biarla satu. Tak gitu?hehe
Antara kawan dan cinta janganlah disatukan kedua perkara
tersebut kerana perbezaan kawan dan cinta sangat nipis seperti
perbezaan benci dan cinta.Sebab itulah orang selalu kata , lelaki dan
perempuan tak boleh jadi kawan baik sebab cinta akan tumbuh diantaranya. Setiap manusia dilahirkan dengan rasa cinta dan rasa untuk menyayangi
antara satu sama lain. Bila kita berkawan baik dengan berlainan jantina ,
rasa cinta tu akan hadir sedikit demi sedikit tanpa rasa bersalah
kerana cinta tidak mengenal kawan atau musuh . Cinta hadir dari hati
yang tulus mencintai kepada hati yang suci menghamparkan kasih. Ramai
kata , cinta tu menyusahkan bila bercinta dengan kawan sendiri sebab
semua rahsia dia tahu , semua yang kita minat dia ingat , ye lah dah
namanya kawan kan? semuanya mesti tahu tapi pernah tak kita fikir yang
sebenarnya kawan adalah pilihan terbaik untuk kita jadikan pasangan
kerana mereka lebih memahami dan kita saling mengenali .
Kawan itu cinta ,
bila kawan sendiri menjadi kekasih hati .
Kawan itu cinta ,
bila kita tak perlu jadi
orang lain tika berdepan dengannya .
Kawan itu cinta ,
bila kita tak
perlu terlalu berkasih-kasihan kerana dia tahu kita tidak seperti itu
untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain.
Kawan itu cinta ,
bila kita tak
perlu bermegah-megah dengan orang sekeliling tentang pasangan kita bila
semua orang tahu kawan kita adalah kekasih setia.
Kawan itu cinta ,
bila
yang berlalu dan bakal terjadi , menjadikan kita makin mengenali erti
persahabatan dan percintaan dalam masa yang sama :)
sometimes, the best way to stay close to someone you love is by being just a friend :')
#Lain orang, lain pendapat. Apa pula Komen anda?
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot
11 comments:
Frend..:)
susah situasi ni sangat sulit. mohon jangan terjebak. serius. kalau dari awal dah rasa pelik2, buang jauh2.tsk.
saya dah follow blog ini
http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2013/01/jom-tingkatkan-followers-sampai-lebam.html
Kawan sukar dicari. Bila dah jumpa, sila jaga kawan itu sebaiknya. Tapi Cinta ada di mana-mana. tak percaya? itu lah realiti. :)
kawan lebih bermakna :)
singgah dan follow...^_^
salam perkenalan
bahaya kalau best friend tu lawan jenis. Tipis sgt garis sempadannya.
salam..blog anda sudah memasuki segmen saya...blog anda...dalam senarai di blog saya..
http://diarijejakahangat1.blogspot.com/2013/01/segmen-link-fanpage-dan-link-blog.html
wah.sesuai sangat baca entri ni sambil dengar background song awak.hihi
saya kalau berkawan sgt setia :)
mohon share :-)
Post a Comment