Haa..tiru aku ye..

Hidayatul afzam | 5/27/2013 07:28:00 PM | 7Comments |
Musim peperiksaan untuk penggal 1 dah pun tamat minggu lepas.
Sekarang kan cuti seklah, so isilah masa lapang korang sebaiknya, okey?

Haa..soalan aku yang pertama ditujukan kepada pelajar yang baru lepas ambik exam ni.
sepanjang peperiksaan dijalankan , pernahkah korang meniru?
JANGAN TIPU!! mesti pernah punya kan.. *termasuk aku sekali la
Kali ni aku senaraikan gelagat dan cara orang meniru atau menipu dalam dewan peperiksaan
  1. Tengok diam-diam kertas kawan sebelah, buat-buatlah tongkat dagu dengan tangan, bila kawan perasan, buat-buat mata pandang arah lain tapi kepala stay dengan tangan masih menjadi tongkat (selalunya jawapan OMR)
  2. Ambil kesempatan bila kawan yang berada di depan angkat kertas tinggi-tinggi, lepas tu kelam kabut check samada jawapan sama ke tak.
  3. Simpan nota dalam poket dan buat-buat pergi tandas..bila balik dari tandas, tak nak nampak obvious sangat, buat-buatlah belek kertas sambil kerut-kerut muka, kononnya tak tahu lah tu, padahal dah tengok jawapan dalam tandas.
  4. Simpan nota dalam dompet, songkok, bekas pensel dan penutup kalkulator.
  5. Simpan nota dalam tandas siap-siap, tak nak kantoi, lepas baca, flash sekali.
  6. Rancang dengan kawan taktik untuk bertukar jawapan, ada yang guna kelipan mata, ada yang guna jari, ada yang guna gerak mulut yang sungguh lembut, ada yang tulis kat kertas kemudian angkat tinggi sikit bagi kawan baca, dan banyak lagi lah bergantung pada tahap kreativiti masing-masing.
  7. Ada yang buat-buat batuk untuk tanya kawan (ni paling common).
  8. Ada yang sengaja menjatuhkan kertas peperiksaan untuk beri kawan meniru.
  9. Ambil kesempatan bila pengawas membuat pembetulan semasa peperiksaan, masa tu keadaan akan jadi havoc sekejap, dan masa tu lah ramai ambil kesempatan tanya kawan sekeliling.
  10. Ada yang tulis nota siap-siap kat tangan, pelipat baju, simpan dalam handset dan sebagainya.
  11. Kalau perempuan, mesti ada yang pernah rakam suara sendiri baca nota dalam MP3, kemudian masa peperiksaan dengar MP3 dalam tudung kan..
  12. Tulis nota siap-siap di meja yang kita akan duduk semasa peperiksaan.
  13. Ambil kesempatan bila pengawas membelakangi kita untuk tanya kawan sekeliling.
  14. Ambil kesempatan semasa waktu menjawab sudah habis di mana keadaan pada waktu itu agak sedikit kelam kabut.
  15. Direct pandang belakang, kiri, atau kanan untuk tanya kawan..(cara yang paling berani mati).
  16. Akhir sekali, tukar kertas jawapan dengan kawan..(lagi satu cara yang sangat berani mati).
*******************************
Ada la jugak dalam perkara di atas aku pernah buat. 
Tapi, mulai sekarang aku akan berusaha sedaya upaya aku sebab SPM tak lama je lagi :(

Hey korang di luar sana termasuk aku.
Ada perkara yang mungkin aku pernah buat dan mungkin tidak.
Namun sedarlah perbuatan ini SANGAT TIDAK ADIL
TIDAK DIBERKATI DAN TIDAK DIREDHAI ALLAH SWT.

Ikuti kata-kata Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin:

- Tidak halal bagi seorang pelajar meniru ketika peperiksaan. Kerana perbuatan menipu termasuk dalam dosa-dosa besar, kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Sesiapa menipu, maka bukan dari kalangan kami".
-Dan kerana hasil kerja menirunya, dia akan berjaya dalam peperiksaan, dan diberikan slip peperiksaan, sedangkan dia tidak berhak memperolehinya.
-Kemudian, dia akan menjawat pekerjaan dalam negaranya, sedangkan jawatan-jawatan itu tidak layak diberikan kecuali kepada orang yang mempunyai sijil. Jika sijil yang diperolehinya adalah hasil daripada perbuatan meniru, maka dibimbangi gaji-gaji yang diperolehi adalah harta haram.
-Kerana, dia mendapat gaji tersebut walhal dia tidak berhak, kerana dia sebenarnya tidak mencapai kelayakan yang sebenar. Atau dengan kata lebih tepat, dia tidak mencapai tahap yang melayakkan dirinya menjawat sesuatu jawatan. Maka penerimaan gajinya adalah termasuk memakan harta tanpa hak.
-saudara-saudara dan anak-anak kita hendaklah berwaspada daripada perbuatan meniru dalam peperiksaan, dalam apa jua subjek.
- Kerana, apabila Kerajaan telah menyusun kurikulum dengan cara ini, dan pelajar memasuki sekolah, kolej atau universiti, dengan asas supaya pelajar dapat iltizam dengan semua subjek dan kurikulum, maka wajib pelajar menepati tuntutan ini, dan tidak melakukan khianat dalam apa jua subjek.
- Manakala sangkaan sesetengah orang bahawa tidak mengapa meniru dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, atau Matematik, sangkaan ini tidak berasas. Kerana semua subjek yang terdapat dalam kurikulum hendaklah dikuasai oleh pelajar. Dia juga diberikan sijil dengan kepercayaan dia menguasai semua subjek. Jika dia meniru dalam sesetengah subjek, maka ia dikira khianat terhadap amanahnya, dan pada hakikatnya dia tidak berjaya.


Bagaimana pula dengan anda semua, punya cara yang lebih kreatif?
INSAF TAK?
Aku ada nak share tips yang paling digalakkan dan paling senang. Banyak orang menggunakan cara ini kerana lebih mudah dan Boleh dilakukan oleh  semua peringkat umur dan tidak perlu bimbingan orangtua,Caranya ialah...PASRAH!! =,=

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMANDANG PADA AMALAN YANG BANYAK..TETAPI..PADA AMALAN YANG IKHLAS..SEDANGKAN IKHLAS ITU RAHSIA ALLAH.."

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ 
Verified Official by Blogspot

7 comments:

Isya said...

wow.. tak penah pulak jumpe yg tahap dengar mp3 sume tu. kat sekolah kite yg pling extreme pun , tanye pengawas peperiksaan tu sendiri. hehe..

Suka kopi said...

ada kawan kite siap bawak buku teks, letak bawah meja. kecik besar kecik besar je kite tgk dia..

tapi kan, kite pernah meniru guna kalkulator. hahaha untuk jawapan ABC.

lepas ni takmo buat lagi. sebab dapat keputusan tu mcm tak diberkati.

kesian kat parents nanti, mesti dorang ingat kite cemerlang sebab belajar. padahal...

Hidayatul afzam said...

@...iSyA Purple*agaknya la ada yang buat mcm tu. >.<

Long Cham said...

DLU MASA EXAM RAJIN BT TOYOL HAHA SAPA PNH BT?
http://www.kucinghitam.net/

Hidayatul afzam said...

@Kucing HitamHaha. Kat sekolah sy budak lelaki memang confirm la ramai yg buat toyol. Toyol bukan sebarang toyol tu, ada masanya memang jawapan terus la dorang dapat dari sekolah lain =.='

fiza nss said...

dtg isi tabung kt sini..xde pun shoutbox???

Hidayatul afzam said...

@fiza nssshoutbox sy antik sikit..hehe..ada kat header..di sebalik gambar burung hantu tu :)

Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

 
This Territory was created by Princess_1405. Credits →