13 alasan wanita tentang aurat

Hidayatul Afzam | 5/30/2013 01:56:00 PM | 8Comments |

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?

- Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

- Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan,  “tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

- Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

- Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukupmenjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

- Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.

- Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

- Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.

- Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

- Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

- Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

- Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam


Renungan buat bersama. Yang Baik kita jadikan teladan. Yang buruk kita jadikan sempadan. Strive for Mardhotillah :)

Sebab orang tak singgah Blog & Komen Entry kita

Hidayatul Afzam | 5/29/2013 10:13:00 AM | 17Comments |
Selamat datang semua ke blog aku yang  tak berapa nak lawa ni.
Hari ni kita akan berbincang tentang sebab dan akibat sesuatu kejadian itu berlaku. Hee :D
Sila rujuk tajuk perbincangan kita di atas, *mak aiih, panjangya tajuk Sila fikirkan idea-idea yang akan kita curahkan di akhir perbincangan nanti. *skema bebenor ayat aku..huhu

Sebab Apa Orang Tak Suka Singgah Blog kita??
  •     Entry Kureng

Alahai sayang..betapa kurindu padamu..Ku harap percintaan kita akan kekal buat selama-lamanya. Love you my hubby a.k.a uchuk. :P
Hurmmm..luahan perasaan yang ntah apa-apa akan membuatkan orang yang membacanya meluat dan bosan. Ni kes entry yang kurang menarik dan tak de kena mengena dengan orang lain.

  •   Loading………………………………………………………….50%-(Baru 10 minit)

Mak aiih. Lambatnya loading. Kadang tu sampai 5 minit. Haa.. Mesti korang mengeluh kan tunggu blog aku sampai habis loading.. Cepat ngaku! Hehe. Memang la kan kita sebagai manusia nak semuanya ada. Tapi widget yang terlalu banyak dan padat akan membuatkan blog kita Nampak serabut sekaligus melambatkan loading.. Dulu blog aku banyak jugak widget tu, lepas kena tegur, terus mencuba nak ringankan loading blog aku ni. *Tapi blog still Nampak serabut =.=’

  •    Pemilihan font

Saya rasa saya sangat comel la hari ni.
Semestinya korag faham lagi kana apa yang ditulis tu. Sesetengah blog tu ada jugak yang guna font yang berbelit-belit menyebabkan aku pun pening daa nak baca kau punya entry. Font yang lebih baik , korang guna Verdana , or Arial ;) Jangan lah guna font yang bermacam bagai. haha. Pening kepala ooo . Tambah2 kalau tulisan tuh kecik amat ! Wow . Boleh jadi juling semua yang baca entry korang tuh . hehe ;)

  •   Penulisan

Aye rase aye nak maqan r. –awq uat ap ue?. –
Hello awak dan awak. Betapa sengalnya ayat kome. Tak payah la guna ayat “SMS” bagai. Kita kan belajar bahasa melayu. So, aplikasikan je lah ayat macam tu. Kalau nak tulis sikit-sikit tak apa la. Ni dari atas sampai bawah guna ayat sengal…..*tak tahu nak kata pe.

  •  Klik Enter Before Masuk

Tak payah la nak buat mende ni. Agak melambatkan jugak la (“;)

  • IKLAN

Haa..yang ni aku paling tension. Ada 1 blog tu aku jenguk, ak aiih. Banyaknya dia punya iklan kat tepi tu. Kadang tu nak tulis pesanan kat shoutbox tu agak mengganggu. Maybe aku je la yang rasa ianya menyerabutkan. Hehe


Sebab orang tak komen entry kita?
  •      Comment. (Full page/Embedded below post)

Bagi aku la. Bagus buat popup window for comment. Kalau korang buat Pop-up Window , baru lah orang ramai akan komen entry korang tuh . Sebab "cepat" dan "pantas" . hehe.

  •   Word Verification

Apa tu 'word verification'?
Alah, yang kita kena isi kod perkataan tu, before submit tu. Please. Hentikan semua tu. Aku yang rajin nak komen-mengomen ni pun terasa MALAS plak nak komen sebab ianya melambatkan kerja aku la. Korang tak payah lah nak uji orang lain dengan benda alah tuh ok ?


Ada penambahan untuk entry kali ni? Mintak maaf kalau aku ada buat korang rasa tersinggung ye. Kalau ada yang nak komen tentang blog aku, silakan. Teguran korang amat diperlukan :')

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM® 
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ 
Verified Official by Blogspot

Haa..tiru aku ye..

Hidayatul Afzam | 5/27/2013 07:28:00 PM | 7Comments |
Musim peperiksaan untuk penggal 1 dah pun tamat minggu lepas.
Sekarang kan cuti seklah, so isilah masa lapang korang sebaiknya, okey?

Haa..soalan aku yang pertama ditujukan kepada pelajar yang baru lepas ambik exam ni.
sepanjang peperiksaan dijalankan , pernahkah korang meniru?
JANGAN TIPU!! mesti pernah punya kan.. *termasuk aku sekali la
Kali ni aku senaraikan gelagat dan cara orang meniru atau menipu dalam dewan peperiksaan
  1. Tengok diam-diam kertas kawan sebelah, buat-buatlah tongkat dagu dengan tangan, bila kawan perasan, buat-buat mata pandang arah lain tapi kepala stay dengan tangan masih menjadi tongkat (selalunya jawapan OMR)
  2. Ambil kesempatan bila kawan yang berada di depan angkat kertas tinggi-tinggi, lepas tu kelam kabut check samada jawapan sama ke tak.
  3. Simpan nota dalam poket dan buat-buat pergi tandas..bila balik dari tandas, tak nak nampak obvious sangat, buat-buatlah belek kertas sambil kerut-kerut muka, kononnya tak tahu lah tu, padahal dah tengok jawapan dalam tandas.
  4. Simpan nota dalam dompet, songkok, bekas pensel dan penutup kalkulator.
  5. Simpan nota dalam tandas siap-siap, tak nak kantoi, lepas baca, flash sekali.
  6. Rancang dengan kawan taktik untuk bertukar jawapan, ada yang guna kelipan mata, ada yang guna jari, ada yang guna gerak mulut yang sungguh lembut, ada yang tulis kat kertas kemudian angkat tinggi sikit bagi kawan baca, dan banyak lagi lah bergantung pada tahap kreativiti masing-masing.
  7. Ada yang buat-buat batuk untuk tanya kawan (ni paling common).
  8. Ada yang sengaja menjatuhkan kertas peperiksaan untuk beri kawan meniru.
  9. Ambil kesempatan bila pengawas membuat pembetulan semasa peperiksaan, masa tu keadaan akan jadi havoc sekejap, dan masa tu lah ramai ambil kesempatan tanya kawan sekeliling.
  10. Ada yang tulis nota siap-siap kat tangan, pelipat baju, simpan dalam handset dan sebagainya.
  11. Kalau perempuan, mesti ada yang pernah rakam suara sendiri baca nota dalam MP3, kemudian masa peperiksaan dengar MP3 dalam tudung kan..
  12. Tulis nota siap-siap di meja yang kita akan duduk semasa peperiksaan.
  13. Ambil kesempatan bila pengawas membelakangi kita untuk tanya kawan sekeliling.
  14. Ambil kesempatan semasa waktu menjawab sudah habis di mana keadaan pada waktu itu agak sedikit kelam kabut.
  15. Direct pandang belakang, kiri, atau kanan untuk tanya kawan..(cara yang paling berani mati).
  16. Akhir sekali, tukar kertas jawapan dengan kawan..(lagi satu cara yang sangat berani mati).
*******************************
Ada la jugak dalam perkara di atas aku pernah buat. 
Tapi, mulai sekarang aku akan berusaha sedaya upaya aku sebab SPM tak lama je lagi :(

Hey korang di luar sana termasuk aku.
Ada perkara yang mungkin aku pernah buat dan mungkin tidak.
Namun sedarlah perbuatan ini SANGAT TIDAK ADIL
TIDAK DIBERKATI DAN TIDAK DIREDHAI ALLAH SWT.

Ikuti kata-kata Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin:

- Tidak halal bagi seorang pelajar meniru ketika peperiksaan. Kerana perbuatan menipu termasuk dalam dosa-dosa besar, kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Sesiapa menipu, maka bukan dari kalangan kami".
-Dan kerana hasil kerja menirunya, dia akan berjaya dalam peperiksaan, dan diberikan slip peperiksaan, sedangkan dia tidak berhak memperolehinya.
-Kemudian, dia akan menjawat pekerjaan dalam negaranya, sedangkan jawatan-jawatan itu tidak layak diberikan kecuali kepada orang yang mempunyai sijil. Jika sijil yang diperolehinya adalah hasil daripada perbuatan meniru, maka dibimbangi gaji-gaji yang diperolehi adalah harta haram.
-Kerana, dia mendapat gaji tersebut walhal dia tidak berhak, kerana dia sebenarnya tidak mencapai kelayakan yang sebenar. Atau dengan kata lebih tepat, dia tidak mencapai tahap yang melayakkan dirinya menjawat sesuatu jawatan. Maka penerimaan gajinya adalah termasuk memakan harta tanpa hak.
-saudara-saudara dan anak-anak kita hendaklah berwaspada daripada perbuatan meniru dalam peperiksaan, dalam apa jua subjek.
- Kerana, apabila Kerajaan telah menyusun kurikulum dengan cara ini, dan pelajar memasuki sekolah, kolej atau universiti, dengan asas supaya pelajar dapat iltizam dengan semua subjek dan kurikulum, maka wajib pelajar menepati tuntutan ini, dan tidak melakukan khianat dalam apa jua subjek.
- Manakala sangkaan sesetengah orang bahawa tidak mengapa meniru dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, atau Matematik, sangkaan ini tidak berasas. Kerana semua subjek yang terdapat dalam kurikulum hendaklah dikuasai oleh pelajar. Dia juga diberikan sijil dengan kepercayaan dia menguasai semua subjek. Jika dia meniru dalam sesetengah subjek, maka ia dikira khianat terhadap amanahnya, dan pada hakikatnya dia tidak berjaya.


Bagaimana pula dengan anda semua, punya cara yang lebih kreatif?
INSAF TAK?
Aku ada nak share tips yang paling digalakkan dan paling senang. Banyak orang menggunakan cara ini kerana lebih mudah dan Boleh dilakukan oleh  semua peringkat umur dan tidak perlu bimbingan orangtua,Caranya ialah...PASRAH!! =,=

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMANDANG PADA AMALAN YANG BANYAK..TETAPI..PADA AMALAN YANG IKHLAS..SEDANGKAN IKHLAS ITU RAHSIA ALLAH.."

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ 
Verified Official by Blogspot

Pelangi pudar Warna

Hidayatul Afzam | 5/24/2013 07:01:00 PM | 4Comments |
 


































If only I could reach the rainbow, I would put it down and put your name on it, then put it back in the sky so people would know how colourful my life has been with you in it..
 
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ 
Verified Official by Blogspot

Biar sampai syurga

Hidayatul Afzam | 5/18/2013 03:31:00 AM | 2Comments |
Someday someone might come into your life and love you the way you've always wanted. If your someday was yesterday, learn. If your someday is tomorrow, hope. If your someday is today, cherish...














Dua Jiwa satu hati

Hidayatul Afzam | 5/01/2013 03:03:00 PM | 10Comments |

























I'm like a shadow. I'm always here to accompany you every step of the way. But do you know the difference between a shadow and me? I'd still be here even there's no light to shine anymore...

Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

 
This Territory was created by Princess_1405. Credits →