30 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum Ketahui..

Hidayatul afzam | 12/18/2012 10:34:00 PM | 6Comments |
 okay..hari tu aku dah share dah pasal perempuan..sekarang nak share plak pasal lelaki >.<

 okay..memang dah banyak yang post entry tentang fakta itu ini. Apa yang aku perhatikan, ada betulnya sebab tak semua lelaki sama dan serupa :)
1. Lelaki tertarik dengan perempuan bukan dari rupa paras,tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.
2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara perempuan berfikir tak sama seperti lelaki.
3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang perempuan. Ohhh~
4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.
5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk,lain jadinya.
6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”
7. Lelaki tak suka perempuan gedik!
8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap perempuan itu.
9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.
10. Lelaki sukakan perempuan yang pandai memasak dan buat kek.
11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu perempuan percayakan dia,lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.
12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !
13. Bila lelaki menelefon perempuan atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “ tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”
14. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap perempuan tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.
15. Lelaki benci kekotoran dibajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.
16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya perempuan suka,tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.
17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan perempuan itu.
18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan,berilah ia ruang.Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.
19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.
20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam,perempuan perlu katakan sesuatu.
21. Lelaki juga sukakan perempuan yang penyayang.
22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi perempuan lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.

23. Wanita boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!
24. Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.
25. perempuan boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.
26. Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa. (mesti tergagap2 dia nak jawab jika itu first date).
27. Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan perempuan!
 28. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.
 29. Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda. (betuk ke??)
30. Berhati-hati! Lelaki boleh menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.
 
BETUL KE NIE???
 
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

 
This Territory was created by Princess_1405. Credits →