Semua yang hidup pasti akan Mati

Hidayatul afzam | 1/17/2013 03:25:00 PM | 7Comments |
 Alahai, dah seminggu aku tak pergi sekolah. Bukan malas yerk, demam ~.hehe
Pagi tadi aku blogwalking ke sana, ke sini, terdetik pulak nak bukak blog Arwah Yasmin J Hunwick. Aku tak penah kenal arwah sebelum nie, setelah terbaca kisah sedih arwah kat 1 blog, baru la kenal. Arwah seorang gadis yang cantik. 
Setiap yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kita tidak tahu tarikh kematian kita, di mana dan bagaimana. Apa yang terbaik, sentiasa mengingati mati. Seperti pemergian arwah, banyak perkara aneh berlaku. Antara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar gambar buku yang bertajuk, 'Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram


Namanya antara trending topik di twitter.
Arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Memandangkan dia dari kacukan inggeris dan Melayu dia dilihat pelik di tempat dia tinggal, siapa sangka wajah comel anak kacukan Inggeris ni pandai bercakap loghat Kedah/utara pekat kerana  bapanya dari Penang.
Di twitter nama Yasmin J Hunwick kini menjadi trending, ramai yang bersimpati dan sedih dengan kehilangan Yasmin.
Yasmin berusia 17 tahun akan ambil exam SPM tahun 2012 . Dalam blognya arwah cerita, dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan instagram kerana mudah berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.
Last post artikel di blognya pada 2 Jun

Dari FB ibu Yasmin:  “Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”
Seriously, bila aku baca kisah arwah nie, menitis air mata aku. Sebak sangat! Aku yang tak kenal arwah turut rasa sedih, apatah lagi mereka yang kenal & sememangnya rapat dengan arwah. Takziah kepada keluarga encik Johan Eusoff dan keluarga , Al Fatihah buat Yasmin semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

Teringat juga aku pada 2 orang kawan yang sebaya dengan aku yang pergi buat selama-lamanya.
 Kisah arwah Alif asyari dan arwah nur fikhriyah membuatkan aku bertambah sedar yang mati tak mengenal usia. Kita sibuk duk meramal bila kiamat berlaku, itu semua rahsia Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu segala-galanya, kita sebagai manusia kena melakukan semua suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. 
*Take a Note!
Nazak atau sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air ( yasmin meneguk air yg sngt byk ), kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita.

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) -


Kepada Allah berserah.


. Doa Nabi s.a.w. kepada Abi Salamah r.a. ketika kematiannya sebagaimana yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.:

“Rasulullah s.a.w. masuk kepada jenazah Abu Salamah (pada hari kematiannya) dan sesungguhnya matanya terbuka, lalu baginda memejamkannya (yakni baginda menutup kelopak matanya dengan tangan baginda). Kemudian Nabi bersabda: “Sesungguhnya ruh ketika dicabut, diperhatikan oleh mata (yakni ketika ruh ditarik keluar dari badan, mata melihat ke mana ruh pergi)”. Lalu beberapa orang dari keluarganya berpekikan. Maka Nabi bersabda: “Janganlah kamu menyeru kepada mayat-mayat kamu melainkan dengan suatu kebaikan kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. Kemudian Nabi s.a.w. berdoa:


اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ

“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.
(Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.

 
#Sama-samalah kita bermuhasabah diri kita. Mati Tak Mengenal usia, Kita tak tahu bila kita akan mati, dan bagaimana. Semua yang hidup pasti akan mati. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat seluruh umat Islam yang sudah kembali ke rahmatullah dah semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin~
Kita selalu terfikir, "Bila la aku nak jadi "Bakal Pengantin" ni?. Tapi pernah tak korang terfikir yang kita ni setiap hari boleh digelar "Bakal Jenazah" dan sememangnya kita semua adalah Bakal Jenazah. Kita tahu Jodoh di tangan Allah, tapi jangan pula kita lupa bahawa Ajal dam Maut juga di tangan Allah. Wallahu a'lam
Soalan aku: Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi hari-hari kematian? Tepuk dada, tanya iman. :)

ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
 Verified Official by Blogspot

7 comments:

Syahira Ishak said...

sesungguhnya ajal maut rahsia Allah :) kita hanya perlu menyediakan kelengkapan secukupnya bagi menghadap DIA nanti :) verily , ajal maut tak kira usia :)

Ayue Rejaluddin said...

Ajal maut tidak pernah mengenal apa, siapa, bagaimana, dimana.....
Kalau dah tertulis nyawa kita samapi situ je, sesaat cepat atau terlewat pun tak mungkin jadi.....
AL-Fatihah buat arwah.....

Azlan Strider said...

innalillah....sy tak pernah kenal arwah...inipun baru 1st time dengar..mungkin sebab sebelum nie kurang aktif berblog...semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...al fatihah..

Regards,
-Strider-

ary_lee said...

takziah buat keluarga arwah..
ary pun tak tahu apa cerita ni..
dengan segera, terus mencari..

CD said...

pernah terbaca dan pergi ke blognya.. she's beautiful.. tapi Allah lebih menyayanginya.. Al-Fatihah..

Atiqah Nxjihah said...

yasmin meninggal sebab kena langgar van ke awak ? Saya dah tahu lama yasmin dah meninggal cuma tak pasti ounca kematian . awak tahu tak ? btw , follow here #2158 \^^/

Hidayatul afzam said...

Ye, arwah maut dilanggar van. Arwah sangat cantik kan. Tapi ajal maut di tangan tuhan, sape la kita ni nak menolaknya.

Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

 
This Territory was created by Princess_1405. Credits →