Berimankah Kita?

Hidayatul afzam | 3/29/2013 10:58:00 AM | 6Comments |
 

Kadang-kadang aku terfikir sejenak, bagaimana sahabat-sahabat Rasulullah dulu boleh tabah, kuat melawan musuh-musuh Islam, tomahan dari orang kafir, seksaan demi seksaan. Padahal kita, umat akhir zaman ni, baru ditolak bahunya sedikit, dah nak jatuh, lemah, rasa penat dengan dugaan Allah, rasa putus asa dengan rahmat Allah.

Jawapannya,
Keimanan kepada Allah.


Lemah sangat iman kita. Allah baru gertak sikit, kita dah putus asa. Murung tak tentu pasal. Terasa nak bunuh diri. Allah mahu berikan kita Syurga tapi kita tolak, malah kita ambil jalan ke Neraka. Nau'zubillah. Iman dalam diri seorang muslim tu amat penting. Hanya dengan iman akan menjadi pemangkin kepada jati diri mukmin sebenar di sisi Allah ibarat cahaya yang menerangi terowong gelap yang dilalui setiap manusia.
"Aliff Laam Miim. Adakah mereka sangka mereka akan dibiarkan dengan berkata, 'Kami beriman' dan tidak akan diuji...?"
[al-Ankabut, 29:1-2]
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM® 
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ 
Verified Official by Blogspot

8 cara SALAH dalam menutup aurat kepala

Hidayatul afzam | 3/28/2013 09:27:00 AM | 12Comments |
Hari ni aku nak kongsi la sikit sesuatu yang kita semua dah tahu, tapi masih jugak buat mende yang sama. Dah aku tak mau la cakap banyak-banyak, apa kata korang baca je apa yang tertulis di bawah. :)
(Aku ambik direct ayat dari blog owner sendiri. Malas nak guna ayat sendiri. Ayat aku tak perghh macam ni. Hee :D. Kopi pasta here)

*********************************************************************************


CARA 1 : Pakai Tudung Rambut Terjuih.

  Bila sorang perempuan berkira nak beli anak tudung, ini la jadinya. Murah je anak tudung. Baru-baru ni aku beli untuk sedara, 2 ringgit. Bagi aku kan, rambut terjuih macam ni nampak selekeh.
  Lagipun, sehelai rambut pun dah berdosa kalau bukan mahram tengok. Apa lagi mau cerita?
CARA 2 : Pakai Tudung Singkat, Tayang Buah Dada.
  Jika anda rasa anda sorang je yang ada buah dada, maka anda silap besar la. Dan jika anda rasa menunjukkan buah dada ni perlu dibanggakan, maka anda silap besar jugak.
  Kenapa? Sebab 'harta' kita telah dicemari. Semua dah tengok, apa lagi mau simpan? Bakal suami pun lari, 'harta' dia dah kotor. Aku taktau la, tapi aku ni bila tengok perempuan lain tayang-tayang, aku malu sangat. Hanya mampu berdoa', mudah-mudahan diorang sedar dan aku dijauhkan daripada buat macam tu.
  Ada kata tak selesa labuh-labuh. Aku pun tak faham bab mana yang tak selesa. Aku rasa bila tutup kemas-kemas lagi selesa. Bagi aku TAK SELESA tu datang daripada bisikan syaitan laknatullah. Lama-lama kita dah biasa, rasa sangat selesa.
  Boleh je pakai pendek, tapi baju biar tebal dan longgar, tak nampak bentuk buah dada. Tapi kat Malaysia ni ada ke nak pakai tebal-tebal? Buat sembang boleh laa..
CARA 3 : Belit Tudung Sampai Nampak Bentuk Leher.
  Ya, aku faham ikut fesyen. Tapi agak-agak la sampai bentuk leher nampak.. Tak kisah kita nak lilit macam ular ke, macam biawak ke, takde sapa kisah. Tapi menampakkan bentuk leher adalah satu pendedahan aurat kerana ketat.
  Selalunya kalau ketat, biarlah ada selendang cover jangan bagi nampak.

CARA 4 : Tudung Ada Bonggol Pelik.
  Kalau buat sanggul tinggi-tinggi dan memang disengajakan nak jadikan bonggol, maka HARAM hukumnya. Manakala kalau rambut memang panjang atau suami mintak, maka boleh.
  Still, aku nak cakap sikit. Rambut perempuan lain pun panjang jugak.. Tapi takde la bonggol dia memanjang sangat ke atas. Dan aku terfikir. Ada ke suami yang nak tengok bini dia jadi alien??
resinilluminati.com
  Tapi takpe la. Apa hak aku pun. Lantak suami dia la.. Pandai-pandai la fikir sendiri lawa ke tak. [Bahaya ni. Sebelum nikah aku kena warning bakal suami aku jangan suruh aku jadi alien, wakaka!]
CARA 5 : Pakai Tudung Takmau Tutup Bahu!
  Yang ni selalu aku nampak secara rawak. Dan sebabnya diorang kata nanti nampak gemuk. Eh, boleh pulak macam tu? Salah tu. Salah satu syarak pemakaian tudung yang tepat adalah dengan melepasi bahagian bahu tudung tu. Kenapa? Nampak bentuk bahu la.
  Jangan risau.. Korang takkan nampak gemuk. Kalau nampak gemuk pun, apa masalahnya? Kita nak tunjuk badan kita yang kurus kat semua orang ke? Dari segi kecantikan, aku tak nampak masalah. Lagi kemas ada la tudung elok tutup bahu.
  Tak kisah la nampak gemuk pun. Gemuk kan chubby. Chubby kan comel. Ahh, aku terasa. Wakakaka!! Gurau wei, gurau. Jangan maki aku.
CARA 6 : Pakai Tudung Nipis Dan Nampak Bentuk Telinga.
  Pergh, punya detail sampai nampak telinga pun aku nak kasi sebat. Yes. Sejak keluar tudung sarung kain licin zaman sekarang, ramai orang tak sedar diorang pakai tudung tu nampak bentuk cuping telinga. Mungkin sebab ketat atau tak pakai anak tudung.
  Maka sebelum keluar rumah, pergilah tengok cermin. Longgarkan dulu bahagian telinga tu, ok. Lagipun nampak pelik la. Macam pakai tudung nak terkeluar telinga. Tolong betulkan ya. Nampak bentuk dah menunjukkan aurat.
  Sama jugak bila pakai tudung nipis. Sebelum keluar check dulu, terutama bahagian leher. Kalau nipis, sarung la tudung tebal sikit. Atau pakai dua lapis.
CARA 7 : Tudung Labuh, Tapi Masih Nampak Buah Dada.

  Pergh, aku pernah terkena pakai tudung kain licin macam ni, last-last nampak bentuk. Satu hal aku 24 jam pegang tudung aku untuk pastikan tak terkena tubuh badan aku. Walaupun tudung labuh, tapi disebabkan kain terlalu licin, bentuk buah dada nampak.
  Lawa dah lawa. Labuh dah labuh. Tapi sayang, jenis kain tak elok. Sebab tu la aku tak galakkan pakai tudung sarung yang kain licin tu. Sebab tetap nampak bentuk buah dada. Kalau nak sarung jugak, kena dua lapis.
CARA 8 : Tudung Ada Hiasan Tambahan.
  Bukan jealous.. Tapi kalau pakai hiasan kat kepala over sangat, akan jadi perhatian. Jangan lupa, sebaik-baik wanita adalah tidak dipandang dan tidak memandang. Aik, jangan cakap korang taknak jadi sebaik-baik wanita?
  Nak hias, hias la. Pakailah kerongsang cantik-cantik ke.. Janganlah letak rama-rama besar, riben besar atas kepala. Aku pernah terbaca sorang lelaki kritik cara pakai macam tu. See? Lelaki pun tak suka tengok, jadi udah-udah la tu.. 
  Semoga perkongsian ni membawa seribu manfaat buat semua wanita diluar sana. Termasuk aku sekali :)

Wanita Ibarat Epal

Hidayatul afzam | 3/08/2013 12:46:00 PM | 8Comments |
 Girls
are like apples
on the trees. The best ones
are at the top of the trees. The
boys don't want to reach for the 
good ones because they are afraid of
falling and getting hurt. Instead, they just
get the rotten apples from the grounds that
aren't as good, but easy. So the apples at
the top think something is wrong with them.
When in reality, they're amazing. They just
have to wait for the right boy to
come along. The one who's
brave enough to
climb all 
the way
to the top
of the tree.
   ______________________________________________
#Yang kat atas dan yang bawah ni sama aje maksudnya. Yang membezakannya, kat atas bi, yang bawah ni melayu je :)
 
Epal yang tidak berkualiti amat 
mudah diperolehi kerana ia berguguran
 di tanah tapi epal yang tak mampu dibeli,
ia berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai
Terkadang epal itu risau sendiri. kenapalah diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah
sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya
Sebenarnya epal itu terlalu tinggi, elok sifatnya
sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya
hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya
Mungkin bukan jodoh di dunia tapi mungkin di akhirat?
Biarlah jodohnya bukan di dunia
asalkan cinta Illahi mengiringinya....
"Tak perlu merayu cinta manusia jika dirimu belum terurus dengan cinta ALLAH"
Usahlah takut atau bersedih hati andai dirimu belum berpunya, kerana lelakimu itu sedang mempersiapkan diri untukmu. Mempersiapkan dirinya dengan ilmu untuk melayarkan bahtera perkahwinan denganmu bila sudah tiba masanya nanti. Usah bermuram durja andai hatimu belum dimiliki, kerana hatimu itu bakal dikurniakan kepada seorang pejuang hebat, penegak syariat Allah. Dia, pemuda yang hebat, bukan lelaki murahan. Yang bisa mengambil wanita di jalanan dan membawa pulang. Itu hanya nilai harga epal yang murah.
 
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM® 
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║ 
Verified Official by Blogspot

Teduhan Cinta

Hidayatul afzam | 3/07/2013 11:35:00 PM | 2Comments |
                                                                        بسم الله الرحمن الرحيم
Cinta ialah iradah Allah,dikirimNya ke dunia supaya ia tumbuh, kalau terletak di atas tanah yang gersang dan tandus, tumbuhannya akan menyeksa jiwa orang lain, kalau ia datang pada hati yang keruh dan budi yang rendah ia akan membawa kerosakan, tetapi jika ia hinggap di hati ini, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Allah...

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Mereka itu,
Diuji dengan Cinta,
Yang penuh dengan titik noda
Berbaur kesengsaraan,
yang diselaputi
dengan debu-debu dosa yang bertebaran,
Berselindung di sebalik mata manusia..
cinta itu BUTA,bukan?

Titik.

Aku menunduk lemah,
Mengeluh resah di sanubari,
melihat kepada insan diluar,
lebih rela untuk memilih
merasai kehangatan
cinta yang tidak Halal buatnya,
pertelingkahan sesama saudara berlaku,
merebut cinta
yang bukan milik kita,

Adakah mereka tidak merasa rugi dengan semua itu?
Imam Syafie pula menjawab, "... Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita ...”

Aku lebih memilih untuk menikmati
Cinta Allah yang berkekalan,
Cinta yang tidak melekakan,
Cinta yang menemui ketenangan,
yang mendamaikan qalbu,

untuk luahan,segalanya terindah :')

Ibnu al-Qayyim menjawab, " CINTAILAH ALLAH, nescaya ALLAH akan MENGHADIAHKAN seseorang yang juga MENCINTAI-NYA untuk DIRIMU."

Jika aku jatuh cinta,
Biarlah cintaku pada seseorang
yang melabuhkan cinta padaNya,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiNya,
Seandai dirinya tercipta untukku
rela aku menjadi miliknya
Biarlah penentuan dariNya
menentukan penyatuan hati hati ini..


 
copy; here

Nisbah Hari Dunia: Hari Akhirat

Hidayatul afzam | 3/02/2013 10:09:00 AM | 1Comments |


Firman Allah,


و إن يوما عند ربك كألف سنة مما تعدّون
Dan sesungguhnya satu hari (mengikut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun mengikut perkiraanmu.
(Surah al-Haj ayat 47)-Rujuk juga ayat 5 surah as-Sajdah
Hidup kita di dunia ini tidak lama. Cuba kita hitung nisbah hari dunia dan akhirat,

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia mengikut perkiraan kita.

Satu tahun di dunia biasa 365 hari. Cuba kita darabkan. 1000 x 365 = 365000 hari,
bermakna satu hari akhirat = 365000 hari dunia


Cuba kita andaikan, jika 1 hari akhirat juga ada 24 jam,bermakna, setiap jam akhirat adalah - 1000 tahun / 24 = 41.7 tahun dunia.


Umur umat akhir zaman adalah lebih kurang 60 ke 70 tahun sahaja, atau HANYA satu jam lebih mengikut perhitungan akhirat.

Hakikat Kehidupan Dunia


Firman Allah,

و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون أفلا تعقلون
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

(Surah al-An'am ayat 32) 
Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan.

(Surah Ali Imran ayat 185 )
Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

(Surah at-Taubah ayat 38)
Terdapat banyak lagi ayat yang Allah jadikan ia sebagai peringatan kepada kita agar tidak terpedaya dengan muslihat dan tipudaya dunia.

Namun jangan pula kita menyangka bahawa untuk kejar akhirat, kita harus tinggalkan pekerjaan, tinggalkan bermuamalah, bergaul dengan sahabat handai dan sebagainya dan hanya duduk di tikar sejadah dan memegang tasbih sepanjang masa. Islam adalah agama yang sempurna, melengkapi keperluan ukhrawi dan duniawi. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, harus matang dalam membahagikan masa antara ibadah dan muamalah sesama manusia.

Persoalannya

Berapa banyakkah persediaan yang telah kita lakukan untuk ke sana?
 
Berapa banyakkah masa yang terbuang begitu sahaja tanpa diisi perkara atau amalan
yang bermanfaat?



Fikir-fikirkanlah...
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

Sesi Uji Mata !

Hidayatul afzam | 3/02/2013 06:00:00 AM | 3Comments |
 
 Cuba tengok gambar di atas. Rasa-rasanya ada berapa gambar orang dalam gambar tu. 
Jom uji mata kita ! :)
 
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
 █║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot

Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

 
This Territory was created by Princess_1405. Credits →