#Yang kat atas dan yang bawah ni sama aje maksudnya. Yang membezakannya, kat atas bi, yang bawah ni melayu je :)
Epal yang tidak berkualiti amat
mudah diperolehi kerana ia berguguran
di tanah tapi epal yang tak mampu dibeli,
ia berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai
Terkadang epal itu risau sendiri. kenapalah diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah
sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya
Sebenarnya epal itu terlalu tinggi, elok sifatnya
sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya
hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja bisa memperolehinya
Mungkin bukan jodoh di dunia tapi mungkin di akhirat?
Biarlah jodohnya bukan di dunia
asalkan cinta Illahi mengiringinya....
"Tak perlu merayu cinta manusia jika dirimu belum terurus dengan cinta ALLAH"
Usahlah
takut atau bersedih hati andai dirimu belum berpunya, kerana lelakimu
itu sedang mempersiapkan diri untukmu. Mempersiapkan dirinya dengan ilmu
untuk melayarkan bahtera perkahwinan denganmu bila sudah tiba masanya
nanti. Usah bermuram durja andai hatimu belum dimiliki, kerana hatimu
itu bakal dikurniakan kepada seorang pejuang hebat, penegak syariat
Allah. Dia, pemuda yang hebat, bukan lelaki murahan. Yang bisa mengambil
wanita di jalanan dan membawa pulang. Itu hanya nilai harga epal yang
murah.
ORIGINAL HIDAYATUL AFZAM®
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Blogspot
8 comments:
Nice quotes..selamat hari wanita ^^
Nice entry...It's true also, only people didn't want to seriously think about it.
Impressive look of the blog!
I do not know the language you have used in it(must be Indonesian, I may be wrong though), but the layout and presentation of it is really impressive.
Happy blogging! :)
nice:)
nice sharing :)
True. Nice entry :)
nice...really nice...n cute blog :)
salam....
cantik qoutes ni ...
wanita ini sungguh comel bilamana dia menjaga Peribadinya kan
salam ziarah
Post a Comment