8 cara SALAH dalam menutup aurat kepala

Hidayatul afzam | 3/28/2013 09:27:00 AM | 12Comments |
Hari ni aku nak kongsi la sikit sesuatu yang kita semua dah tahu, tapi masih jugak buat mende yang sama. Dah aku tak mau la cakap banyak-banyak, apa kata korang baca je apa yang tertulis di bawah. :)
(Aku ambik direct ayat dari blog owner sendiri. Malas nak guna ayat sendiri. Ayat aku tak perghh macam ni. Hee :D. Kopi pasta here)

*********************************************************************************


CARA 1 : Pakai Tudung Rambut Terjuih.

  Bila sorang perempuan berkira nak beli anak tudung, ini la jadinya. Murah je anak tudung. Baru-baru ni aku beli untuk sedara, 2 ringgit. Bagi aku kan, rambut terjuih macam ni nampak selekeh.
  Lagipun, sehelai rambut pun dah berdosa kalau bukan mahram tengok. Apa lagi mau cerita?
CARA 2 : Pakai Tudung Singkat, Tayang Buah Dada.
  Jika anda rasa anda sorang je yang ada buah dada, maka anda silap besar la. Dan jika anda rasa menunjukkan buah dada ni perlu dibanggakan, maka anda silap besar jugak.
  Kenapa? Sebab 'harta' kita telah dicemari. Semua dah tengok, apa lagi mau simpan? Bakal suami pun lari, 'harta' dia dah kotor. Aku taktau la, tapi aku ni bila tengok perempuan lain tayang-tayang, aku malu sangat. Hanya mampu berdoa', mudah-mudahan diorang sedar dan aku dijauhkan daripada buat macam tu.
  Ada kata tak selesa labuh-labuh. Aku pun tak faham bab mana yang tak selesa. Aku rasa bila tutup kemas-kemas lagi selesa. Bagi aku TAK SELESA tu datang daripada bisikan syaitan laknatullah. Lama-lama kita dah biasa, rasa sangat selesa.
  Boleh je pakai pendek, tapi baju biar tebal dan longgar, tak nampak bentuk buah dada. Tapi kat Malaysia ni ada ke nak pakai tebal-tebal? Buat sembang boleh laa..
CARA 3 : Belit Tudung Sampai Nampak Bentuk Leher.
  Ya, aku faham ikut fesyen. Tapi agak-agak la sampai bentuk leher nampak.. Tak kisah kita nak lilit macam ular ke, macam biawak ke, takde sapa kisah. Tapi menampakkan bentuk leher adalah satu pendedahan aurat kerana ketat.
  Selalunya kalau ketat, biarlah ada selendang cover jangan bagi nampak.

CARA 4 : Tudung Ada Bonggol Pelik.
  Kalau buat sanggul tinggi-tinggi dan memang disengajakan nak jadikan bonggol, maka HARAM hukumnya. Manakala kalau rambut memang panjang atau suami mintak, maka boleh.
  Still, aku nak cakap sikit. Rambut perempuan lain pun panjang jugak.. Tapi takde la bonggol dia memanjang sangat ke atas. Dan aku terfikir. Ada ke suami yang nak tengok bini dia jadi alien??
resinilluminati.com
  Tapi takpe la. Apa hak aku pun. Lantak suami dia la.. Pandai-pandai la fikir sendiri lawa ke tak. [Bahaya ni. Sebelum nikah aku kena warning bakal suami aku jangan suruh aku jadi alien, wakaka!]
CARA 5 : Pakai Tudung Takmau Tutup Bahu!
  Yang ni selalu aku nampak secara rawak. Dan sebabnya diorang kata nanti nampak gemuk. Eh, boleh pulak macam tu? Salah tu. Salah satu syarak pemakaian tudung yang tepat adalah dengan melepasi bahagian bahu tudung tu. Kenapa? Nampak bentuk bahu la.
  Jangan risau.. Korang takkan nampak gemuk. Kalau nampak gemuk pun, apa masalahnya? Kita nak tunjuk badan kita yang kurus kat semua orang ke? Dari segi kecantikan, aku tak nampak masalah. Lagi kemas ada la tudung elok tutup bahu.
  Tak kisah la nampak gemuk pun. Gemuk kan chubby. Chubby kan comel. Ahh, aku terasa. Wakakaka!! Gurau wei, gurau. Jangan maki aku.
CARA 6 : Pakai Tudung Nipis Dan Nampak Bentuk Telinga.
  Pergh, punya detail sampai nampak telinga pun aku nak kasi sebat. Yes. Sejak keluar tudung sarung kain licin zaman sekarang, ramai orang tak sedar diorang pakai tudung tu nampak bentuk cuping telinga. Mungkin sebab ketat atau tak pakai anak tudung.
  Maka sebelum keluar rumah, pergilah tengok cermin. Longgarkan dulu bahagian telinga tu, ok. Lagipun nampak pelik la. Macam pakai tudung nak terkeluar telinga. Tolong betulkan ya. Nampak bentuk dah menunjukkan aurat.
  Sama jugak bila pakai tudung nipis. Sebelum keluar check dulu, terutama bahagian leher. Kalau nipis, sarung la tudung tebal sikit. Atau pakai dua lapis.
CARA 7 : Tudung Labuh, Tapi Masih Nampak Buah Dada.

  Pergh, aku pernah terkena pakai tudung kain licin macam ni, last-last nampak bentuk. Satu hal aku 24 jam pegang tudung aku untuk pastikan tak terkena tubuh badan aku. Walaupun tudung labuh, tapi disebabkan kain terlalu licin, bentuk buah dada nampak.
  Lawa dah lawa. Labuh dah labuh. Tapi sayang, jenis kain tak elok. Sebab tu la aku tak galakkan pakai tudung sarung yang kain licin tu. Sebab tetap nampak bentuk buah dada. Kalau nak sarung jugak, kena dua lapis.
CARA 8 : Tudung Ada Hiasan Tambahan.
  Bukan jealous.. Tapi kalau pakai hiasan kat kepala over sangat, akan jadi perhatian. Jangan lupa, sebaik-baik wanita adalah tidak dipandang dan tidak memandang. Aik, jangan cakap korang taknak jadi sebaik-baik wanita?
  Nak hias, hias la. Pakailah kerongsang cantik-cantik ke.. Janganlah letak rama-rama besar, riben besar atas kepala. Aku pernah terbaca sorang lelaki kritik cara pakai macam tu. See? Lelaki pun tak suka tengok, jadi udah-udah la tu.. 
  Semoga perkongsian ni membawa seribu manfaat buat semua wanita diluar sana. Termasuk aku sekali :)

12 comments:

Agus Setya said...

cara memakai kerudung seperti itu sudah banyak bertebaran di mana2 dan digandrungi baik anak muda maupun ibu2 muda

NJihe.am said...

Salam singgah, pakai tudung utk tutup aurat, bukan bungkus aurat. like! memang terbaik, dengan doodle yang kelakar tu. :)

TYRAROSLAN said...

Saya setuju dengan awak . Terima Kasih berkongsi ilmu :))

Anonymous said...

Heheh terbaekk . Suka entry ni ^^ menyededarkan org *sy skali* haha! Doodle tu lawak . hihi nice sharing ;)

Adilah Asari said...

memang orang tahu perkara ini..tapi mereka mengambil enteng tentangnya..

y i e n said...

kihkih! mmg betul pon.. zaman skrg dah ramai yg pakai tudung, tp nauzubillah, x ramai yg paham istilah tutup aurat ni, haish~

Suka kopi said...

Wah! entri ni memang membantu! :D

Unknown said...

Thanks for sharing. :)

vanillasnow said...

Nice sharing..mmg betul pun. Zaman skrang ni orang lebih cenderung pakai tudung mengikut peredaran fesyen..pelik2 je.. xD

Unknown said...

perkongsian yang menarik dan kreatif,trima ksih^^,

Anonymous said...

Thanks for sharing :D

Anonymous said...

Pompuan rambut panjang jauh lagi seksi dari pompuan rambut pendek masalahnya.Apatah lagi kerinting..so jgn menilai org bonggol sesuka hati.Dia jauh menjaga suami berbanding yg tak berbonggol..

Click Like and Receive all updates via Facebook.

Tutorial By | JiwarOsak

 
This Territory was created by Princess_1405. Credits →